assalamualaikum ..
selamat malam .. korang tau tak cari nak melukis orang dengan sempurna ? aku tak de la terer sangat . masih merangkak lagi . tapi masa dalam kelas drawing arituh, sir ada ajar cara - cara nak melukis . korang nak aku sharekan tips ke ? ke korang tak nak ? kalo tak nak , kena bagi nak jugak, hehe .. tapi sebelum tuh korang mesty nak tengok kan hasil drawing aku . sesungguhnya teramat-amat buruk seni aku . tapi ak try lagi melukis so that aku boleyh improve kan lagi . al maklum la , ni pertama kali aku melukis portraiture orang . sudi ke korang nak tengok neyh ? jangan gelak okeyh ... heee :D

buruk tak ? haha . sir cakap , ape la yang kamu lukis neyh ? hahaha .. aku sendiri tak tau ape yang aku lukis . aku main hentam je .. tapi memang kalo tengok skali pown ak dah tak lalu nak tengok kali kedua , haha ..
okeyh ! stop gelak . jangan lebih - lebih lak . grrr .. HEEE .. so kalo korang tak nak drawing korang jd buruk cam drawing ak .. jom kita terjah bebelan aku kat bawah ni .. baca betul , kang korang draw tak jadi manusia lak .
COPY PASTE DARI -
PADINNO Biasanya, kita akan berasa sukar untuk melukis manusia, terutamanya bahagian muka. Mungkin, ketaksamaan imej lukisan menyebabkan perkara ini berlaku. Sebenarnya, orang yang boleh melukis pun belum tentu dapat menyempurnakan rupa paras manusia sebenar. Ini bukan disebabkan kesukaran melukis, tapi kesukaran dalam melukis kesamaan, atau lebih mudah di sebut mirip.
Melukis rupa manusia tanpa merujuk kepada mana - mana individu adalah lebih mudah, tapi mula merasa kesukaran jika di minta untuk melukis mengikut individu sebenar. Aku tak cakap tak boleh sama, cuma sukar prosesnya.
Pandangan aku, siapa yang pandai menggabungkan elemen seperti proportion, perspektif, teknik bayang dan kontur, mungkin mampu menghasilkan lukisan yang baik. Aku sendiri masih terkial - kial dalam penguasaan elemen - elemen ini.
Melukis muka manusia, bolehlah di pecahkan kepada 3 kategori utama, iaitu profile, straight-on dan three-quarters. Apakah yang di maksudkan dengan ketiga- tiga kategori ni? Profile ialah apabila muka (subjek) melihat ke kiri atau kanan, di mana hanya sebelah sahaja bahagian muka yang akan kelihatan.

Gambar straight-on
Straight-on pula apabila subjek memandang ke hadapan, di mana penggunaan simetri dalam membentuk subjek adalah perkara terpenting. Gagal mematuhi konsep simetri, akan menjadikan lukisan seperti pelik, janggal dan kurang tepat. Three-quarters pula merupakan gabungan antara profile dan straight-on.

Profile dan three quarters
Berikut merupakan beberapa contoh, bagi mengilustrasikan keterangan di atas.
Aku sendiri masih gagal untuk melukis subjek muka, yang bertepatan dengan individu sebenar.
korang dah baca abes ke ? jangan skip - skip erk . kang kantoi lak drawing korang . selepas lukisan pertama aku gagal , aku try draw lagi .. i think much better la kowt dari yang sebelum ni . mesti korang excited kan nak tengok ? hehe . tak pe jangan segan - segan nak tengok , aku bagi je korang tengok . sila la yee . hehehe ..

hensem tak jejaka dalam lukisan aku neyh ? hehe .. ade nampak rupa orang tak ? haha ..
okeyh bubyee semua .. aku dah penat menaip :D