heee :D .. arini entry aku pasal lelaki berotot-otot . haa ! gades - gades kat luar sana mesti excited nak tengok jejaka mana yang terpilih kan untuk drawing aku .. haha . serius aku cakap masa aku draw laki otot - otot memang rasa cam nak nanges . sumpah susah gila . dah la badan dowanng berketoi - ketoi . adoihh , urat lak kiri kanan . nak tackle etching memang teramat susah . sampai berpusing - pusing buku sketch aku neyh ha . nasib sketch book ja pusing - pusing , kalo owner buku tuh yang pusing - pusing camna lak ? hahaha . merapu lagi . okeyh ! serius balik .. ade tak sesapa yang kat luar tuh nak tengok lukisan aku ? lukisan kali pertama yang aku hasilkan dalam bentuk manusia ...tapi korang jangan gelak lak ye , sebab memang buruk teramat-amat la sangat .. malu aku nak tunjuk ..

sebelum aku end entry aku , meyh aku tnjuk kan teknik - teknik yang betul..sir aku pon ade jugak ngajar dalam kelas.. tapi post bawah ni aku cedok dalam laman padinno ... secara detail supaya korang - korang kat luar sana paham. baik tak aku ? hehe
COPY PASTE dari PADINNO
Bahagian muka manusia merupakan elemen terpenting untuk menjadikan lukisan itu mirip kepada individu sebenar. Kemahiran melukis muka memudahkan kita untuk melukis seluruh individu yang hendak kita terjemahkan dalam lukisan.
Cara melukis muka manusia telah di perjelaskan dalam siri sebelum ini, maka untuk kali ini, mari kita sambung dengan pelajaran tentang bahagian tubuh manusia, serta pergerakan normal, bagi menjadikan lukisan kita lengkap dan sempurna.
- Lengan
Keadaan bahagian atas dan bawah lengan boleh di gambarkan seperti 2 buah silinder yang berbeza saiz, di ubahsuai dan di gabungkan bersama, membentuk lengan yang sempurna. seperti yang di tunjukkan dalam rajah, penyesuaian silinder itu amat penting supaya keadaan lengan adalah tulen ( tidak janggal)
- Kaki
Sebagaiman melukis lengan, kaki juga di lukis berdasarkan pengubahsuaian 2 buah silinder, di mana kali ini lebih panjang berbanding lengan. Pendekatan yang sama sewaktu melakar lengan turut di aplikasikan dalam proses melakar bentuk kaki.
- Typical Human Body
Proses biasa dalam melakar bahagian badan manusia, ialah dengan membahagikan tubuh manusia kepada 8 bahagian ( 7 bagi orang Asia). Pembahagian ini boleh di jelaskan melalui rajah di bawah.
Setiap posisi, postur atau perilaku manusia dapat di lukis/di lakar dengan mudah jika sudah mahir dalam melakukan pembahagian ini. Ini dapat mengelakkan kejanggalan pada lukisan yang di bina. Jadi, dalam pembinaan pergerakan, gunakan pembahagian ini untuk mementukan posisi setiap anggota tubuh manusia supaya ia kelihatan sempurna.
Maka, sempurnalah teknik - teknik asas untuk melukis, objek mahupun manusia. Latihan yang berulang kali, serta minat yang tinggi dapat membantu anda menjadi pelukis yang baik. Sekurang - kurangnya, lukisan ini bolehlah di jadikan pemberian kepada yang tersayang, atau sesiapa sahaja, dan menjadikan ia sesuatu yang bernilai, jika anda rasakan begitu.
Selamat mencuba. Selamat maju jaya.
muaxx xoxo !!
No comments:
Post a Comment